Sunday, July 31, 2016

Metformin

Hmm...
nampaknya Period kali ni datang awal pulak..
28 Julai (CD20) Period pun mai..
tapi sampai la ni, 1 Ogos (CD5) malu-malu alah die nak keluar..
tak macam period2 aku sebelum ni..
Aku pon amik keputusan nak pi klinik..
Kali ni pi Klinik Raoofah pulak..
Scan..
Kali ni aku minta dokto scan both ovaries untuk tau betul ke tak aku PCOS.
Doc scan and ye, mmg aku ade PCOS..

Tak terlalu terkejut, tapi aku mintak suggestion dari doktor..
What should I do?

Doc suggestkan diet untuk aku..
No fried food,
No fast food.
Nasi only once a day, jgn makan nasik malam.
Vegeterian diet paling sesuai.
Less meat , more fish.
Mee Kuning boleh but kueh tiaw or bihun kalau nak amik dengan Sup..
All fruits can eat walaupun manis. (manis ori bukan gula)
No sugar, No 3in1 drinks.

Doc bagi Metformin Extended (1month supply)
3tablet (night).
Kena makan 3 to 6 month.
Doc kata nak jumpe aku after 3 month lepas amik Metformin dan diet yg die suggest tu..

66kg (timbang tadi)
Kita tengok berat akan datang..


Tuesday, July 19, 2016

Next Cycle (JULY)

Update Cycle (JUN)

On 15DPO, my period turun dengan sendirinya.
Alhamdulillah, period jugak akhirnya tanpa any ubat.
Walaupun sedih tak berjaya pada cycle ni.
Tapi memang aku doa pada Allah,
Kalau xde rezeki, turunkanlah period aku tanpa perlu bergantung pada ubat.
At least Allah masih makbulkan doa aku yang itu.

Allah masih bagi kami chance untuk terus mencuba dan berdoa kat Dia.

so 8th July was my CD1.
Today, 20th July my CD13.

Cycle kali ni aku on supplement ;

1) Vitamin C (500mg/day)
2) Blackmores Multivitamin (1tablet/day)
3) Vitex (400mg-800mg/day)
4) Shatavari Himalaya (2tablet/day)
5) Susu Kambing Kurma (LAZZ) 1cup/day
6) Halfcook egg sebiji selang sehari (suami & isteri)
7) Speman Himalaya (2tablet/day)

So far effectnya ;

1) Aku try makan Vit C (1000mg/day) tapi end up aku cerryberry. So aku kurangkan dos pada 500mg/day since dlm blackmores multivitamin ada 180mg.

2) Blackmores Multivitamin so far aku mmg amik 1tablet/day and alhamdulillah badan aku takde effek sgt just mmg kena consume banyak air putih bila makan macam2 supplement ni.

3) Vitex ni memula aku amik 1tablet pagi, 1tablet night. ok.
Kadang2 aku amik 1tablet je sehari, pon ok.
Tapi Hari ni gatai pi try makan terus 2tablet pagi2 sebelum bekpes terus sakit kepala aku nih.. So aku x boleh makan direct 2 tablet camtu. Kena try and error anf tengok badan kita adapt macam mane.

4) Shatavari, so far ni kena makan start CD1 smpai Ovulating. yang ni aku makan 1tablet/pagi dan 1tablet/malam sebelum tidor. And Alhamdulillah dengan izin Allah body aku ok je. Again, mmg kena minum banyak air bila kita consume serba aneka supplement ni.

Alhamdulillah dikurnia suami yang sgt supportive.
Walaupun dia tau aku yang bermasalah, tapi bila aku ajak die sama2 usaha makan supplement and makan telur separuh masak die ok je.
Ada masa die yang akan buatkan telur tu untuk aku bila aku TERbangun lambat. hihi.
Pernah tanya, kalau xde rezeki anak die akan setia tak?
Die just jawab ye, InsyaAllah. and die kata die yakin ade anak just kena sabar dan doa banyak2.

Aku ada masalah low progesteron level.
So aku ada baca beberapa benda yang kita makan boleh bantu incease progesteron level.
Supplement2 aku try ni sepanjang pembacaan aku takde drug.
So kesannya lambat. Maybe up to 3-6 month jugak nak nampak kesan.
Again, kita hanya mampu ikhtiar dan doa.
Allah yang punya kuasa tentukan semuanya.
Yang paling penting jangn putus asa.


Sunday, July 3, 2016

DPO

Nak cerita pasal DPO pulak...

24/6/16  CD23  1DPO -   angin
25/6/16  CD24  2DPO -   mild cramp, milky white discharge, basah lebih dari selalu.
26/6/16  CD25  3DPO -   mild cramp, sleepy, milky white discharge, basah lebih dari selalu.
27/6/16  CD26  4DPO -   mild cramp, milky white discharge.
28/6/16  CD27  5DPO -   sensetif dengan bau, mood swing.
29/6/16  CD28  6DPO -   angin berlebihan, perut memulas (mcm nak membuang tp tak)
30/6/16  CD29  7DPO -   sleepy
  1/7/16  CD30  8DPO -   -ve UPT :,C
  2/7/16  CD31  9DPO -   tak perasan any symptom sbb rase mcm xpreggy.
  3/7/16  CD32  10DPO - teringin air gas (aku dah lama stop minum), pun rasa mcm x preggy.
  4/7/16  CD33  11DPO - laparrr, angin, pun rasa mcm x preggy... hurm...


Ya Allah, jika masih bukan rezeki kami, Kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu dan kurniakanlah kesabaran dan keyakinan bahawa Engkau akan pasti memberi suatu hari nanti. Jika bukan rezeki kami, turunkanlah darah haidku tanpa perlu aku bergantung pada ubat2an.