Tuesday, September 13, 2016

BFP on 9DPO

15th August, aku join kawad kaki.
Wakil Jabatan untuk kawad kaki Hari Kebangsaan.

16th August, 9DPO.
Masa ni bangun je tido rasa sakit belakang sangat2..
tapi gagah gak g kawad pagi tu..
kawad halfday sebab lepas tu ade taklimat kat opis.
habis taklimat sakit x kurang..
balik rumah lepas lunch untuk siap2 petang nak masuk opis.
saje tangan gatai buat UPT wpon tau awal sangat nak buat plus bukan 1st morning urine.
susah nak nampak..

Tup2, nampak very faint line.
aku mcm tak pecaya.


Nampak x? or mata power aku je nampak? hihi..
Petang tu kuatkan semangat pi beli yg clearblue digital.
Cadangnya esok paginye 10DPO nak buat guna 1st urine.

Esoknye, bukak2 mata debor gile buat UPT test.
Hati mmg kena kuat, redha..


Alhamdulillah..
Terus kejut husben..
die blur2 x paham.. paham word pregnant je tapi x paham 1-2 tu ape..
menangis aku syukur..
masa ni maybe aku baru 3weeks-4weeks pregnant.

Tapi pregnant kali ni pun aku masih diuji..
Next entry aku cerita liku2 pregnancy kali ni..
Didoakan semoga kandungan aku terus kuat,
membesar dengan sihat,
membesar dengan sempurna,
membesar dengan baik dari hari ke hari..
insyaAllah, amin...




Monday, August 22, 2016

Healthy Lifestyle

Lepas balik jumpe Doktor, aku nekad.
I must change!
2hb Ogos, CD6 mula misi naik Kledang.
Ikut jalan raya je.
CD6 jugak aku start OPK and also BBT chart.
Alhamdulillah husband banyak beri galakan dan sokongan.
Thanks abang.. =)
Makan aku control.
Not to take over 1200 kcal per day.
Nasi still amik tapi sekali sehari and half portion.
No air manis. Only mineral/plain water 2L++ per day.
makanan memang hari2 ikan... sayur..
once a while amik ayam tapi kecik and beli organic chicken.
Ini bbt chart aku dengan OPK aku..


Kalau tgk dari OPK ni CD10 nampak pekat sikit Test Line berbanding hari2 lain.
tapi exactly kaler still control line lagi pekat.
Tapi bila compare dgn BBT chart aku bawah ni,
ak yakin CD10 tu aku ovulate sebab suhu naik mendadak a day after.
Aku pun taktau nape OPK aku x terang.
Maybe timing aku amik test masa tu x sesuai atau x cukup puasa 2 jam..


Next entry aku story sambungan kisah cycle ni.
Dah lewat nak naik solat sat..
hihi...

Sunday, July 31, 2016

Metformin

Hmm...
nampaknya Period kali ni datang awal pulak..
28 Julai (CD20) Period pun mai..
tapi sampai la ni, 1 Ogos (CD5) malu-malu alah die nak keluar..
tak macam period2 aku sebelum ni..
Aku pon amik keputusan nak pi klinik..
Kali ni pi Klinik Raoofah pulak..
Scan..
Kali ni aku minta dokto scan both ovaries untuk tau betul ke tak aku PCOS.
Doc scan and ye, mmg aku ade PCOS..

Tak terlalu terkejut, tapi aku mintak suggestion dari doktor..
What should I do?

Doc suggestkan diet untuk aku..
No fried food,
No fast food.
Nasi only once a day, jgn makan nasik malam.
Vegeterian diet paling sesuai.
Less meat , more fish.
Mee Kuning boleh but kueh tiaw or bihun kalau nak amik dengan Sup..
All fruits can eat walaupun manis. (manis ori bukan gula)
No sugar, No 3in1 drinks.

Doc bagi Metformin Extended (1month supply)
3tablet (night).
Kena makan 3 to 6 month.
Doc kata nak jumpe aku after 3 month lepas amik Metformin dan diet yg die suggest tu..

66kg (timbang tadi)
Kita tengok berat akan datang..


Tuesday, July 19, 2016

Next Cycle (JULY)

Update Cycle (JUN)

On 15DPO, my period turun dengan sendirinya.
Alhamdulillah, period jugak akhirnya tanpa any ubat.
Walaupun sedih tak berjaya pada cycle ni.
Tapi memang aku doa pada Allah,
Kalau xde rezeki, turunkanlah period aku tanpa perlu bergantung pada ubat.
At least Allah masih makbulkan doa aku yang itu.

Allah masih bagi kami chance untuk terus mencuba dan berdoa kat Dia.

so 8th July was my CD1.
Today, 20th July my CD13.

Cycle kali ni aku on supplement ;

1) Vitamin C (500mg/day)
2) Blackmores Multivitamin (1tablet/day)
3) Vitex (400mg-800mg/day)
4) Shatavari Himalaya (2tablet/day)
5) Susu Kambing Kurma (LAZZ) 1cup/day
6) Halfcook egg sebiji selang sehari (suami & isteri)
7) Speman Himalaya (2tablet/day)

So far effectnya ;

1) Aku try makan Vit C (1000mg/day) tapi end up aku cerryberry. So aku kurangkan dos pada 500mg/day since dlm blackmores multivitamin ada 180mg.

2) Blackmores Multivitamin so far aku mmg amik 1tablet/day and alhamdulillah badan aku takde effek sgt just mmg kena consume banyak air putih bila makan macam2 supplement ni.

3) Vitex ni memula aku amik 1tablet pagi, 1tablet night. ok.
Kadang2 aku amik 1tablet je sehari, pon ok.
Tapi Hari ni gatai pi try makan terus 2tablet pagi2 sebelum bekpes terus sakit kepala aku nih.. So aku x boleh makan direct 2 tablet camtu. Kena try and error anf tengok badan kita adapt macam mane.

4) Shatavari, so far ni kena makan start CD1 smpai Ovulating. yang ni aku makan 1tablet/pagi dan 1tablet/malam sebelum tidor. And Alhamdulillah dengan izin Allah body aku ok je. Again, mmg kena minum banyak air bila kita consume serba aneka supplement ni.

Alhamdulillah dikurnia suami yang sgt supportive.
Walaupun dia tau aku yang bermasalah, tapi bila aku ajak die sama2 usaha makan supplement and makan telur separuh masak die ok je.
Ada masa die yang akan buatkan telur tu untuk aku bila aku TERbangun lambat. hihi.
Pernah tanya, kalau xde rezeki anak die akan setia tak?
Die just jawab ye, InsyaAllah. and die kata die yakin ade anak just kena sabar dan doa banyak2.

Aku ada masalah low progesteron level.
So aku ada baca beberapa benda yang kita makan boleh bantu incease progesteron level.
Supplement2 aku try ni sepanjang pembacaan aku takde drug.
So kesannya lambat. Maybe up to 3-6 month jugak nak nampak kesan.
Again, kita hanya mampu ikhtiar dan doa.
Allah yang punya kuasa tentukan semuanya.
Yang paling penting jangn putus asa.


Sunday, July 3, 2016

DPO

Nak cerita pasal DPO pulak...

24/6/16  CD23  1DPO -   angin
25/6/16  CD24  2DPO -   mild cramp, milky white discharge, basah lebih dari selalu.
26/6/16  CD25  3DPO -   mild cramp, sleepy, milky white discharge, basah lebih dari selalu.
27/6/16  CD26  4DPO -   mild cramp, milky white discharge.
28/6/16  CD27  5DPO -   sensetif dengan bau, mood swing.
29/6/16  CD28  6DPO -   angin berlebihan, perut memulas (mcm nak membuang tp tak)
30/6/16  CD29  7DPO -   sleepy
  1/7/16  CD30  8DPO -   -ve UPT :,C
  2/7/16  CD31  9DPO -   tak perasan any symptom sbb rase mcm xpreggy.
  3/7/16  CD32  10DPO - teringin air gas (aku dah lama stop minum), pun rasa mcm x preggy.
  4/7/16  CD33  11DPO - laparrr, angin, pun rasa mcm x preggy... hurm...


Ya Allah, jika masih bukan rezeki kami, Kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu dan kurniakanlah kesabaran dan keyakinan bahawa Engkau akan pasti memberi suatu hari nanti. Jika bukan rezeki kami, turunkanlah darah haidku tanpa perlu aku bergantung pada ubat2an.

Wednesday, June 29, 2016

Intro

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih bernafas.
Hari ini 24 Ramadhan 1437H.
I'm creating this blog just want to share my #ttcfazanjr. journey.
Walaupun tak selama macam other #ttcian tapi still wanna share. Hihi.
Start my #ttcfazanjr. since April 2016..
Actually baru 2 bulan ttc.
I am trying for 2nd baby actually.
Our 1st baby, miscarriage on Januari 2016 at 13w5d..
Our wedding on 31st October 2016..
Our 1st baby was 'bunting pelamin'. =,)

So, perasaan org yang miscarriage then nk try to concieve again mmg agak tertekan sikit.
Tambah-tambah bila di diagnose beberapa perkara yang melibatkan masalah kesuburan.
Bertambah-tambahlah pressurenye.
Huhu..

Tapi,
Aku anggap ini ujian Allah untuk kami..
Mungkin Dia nak tarik kami dekat pada Dia..
Mungkin Dia tau kami masih belum fully ready (wpon rase mcm ready)..
Mungkin Dia nak bagi yang lebih baik..
Mungkin Dia tau kami takkan mampu jaga baby tu kalau die lahit.. (maybe x sempurna)..
So hikmah tu hanya Dia lebih tahu..

After miscarriage 21 Jan 2016,
my period cycle agak ting-tong..
Ada yang cyclenya 14,16 and tetiba lambat sampai 31.
So aku start follow up dengan Dr. pakar kat Ar-Ridzuan IPOH.

Dr. suruh aku lose 5% from current weight.
Berat aku masa tu (Mac 2016) is 69kg
Aku tak berjaya turunkan pon (until Mei).. hahaha..

Dr. bagi aku duphaston 3 cycle.
tapi so far aku rasa duphaston x berapa serasi dengan aku.
Sebab cycle aku masih ting-tong..
Aku baru stop duphaston.. Bulan Jun aku da x makan duphaston..
Bulan Mei lepas, dokto ade amik sample darah aku untuk cek aku ada ovulation atau tak..
Aku ngn dokto sama-sama syak yang aku x ovulate..
Aku syak sebab aku BD selang sehari sepanjang cycle + OPK aku tak penah nampak +ve..
Dr. penah scan biasa rahim aku.. die nampak mcm ade PCOS..
tp Dr tak go through sgt about that case..
Which is aku pon taktau kenapa..
Maybe sebab aku pernah pregnant,
Period aku masih datang tiap bulan (wpon cycle ting tong),
Aku tak ada masalah jerawat banyak,
Aku takde tumbuh bulu kat muka dan badan yang melampau.
Atas ni antara simptom biasa PCOS..

So,
Bulan Jun, Ramadhan ni aku takde amik ape2 ubat..
Tapi aku cuba control makan and intake gula aku..
Aku avoid minuman or makanan manis..
Nasik ciput masa sahur ngn berbuka..
Alhamdulillah berat sekarang 66kg..
dapat la turun 5% dari berat asal tu..
(aku berazam nak teruskan kawal makan lepas posa, harap bejaya) haha..

Bulan ni aku teruskan OPK..
tapi sbb selalu dapat -ve so aku pon x konsisten..
Masa CD23, 24 Jun hari tu.. tetiba opk aku double line yang agak pekat..
Mcm nak positif atau baru lepas +ve.
Sehari sebelum aku takde buat plak OPK..
A day after on CD24 line dah agak kabur..
So cross finger hopefully a day before ada ovulation..
Kebetulan CD22 (a day before) ade BD..

See you next entry for my update about my DPO..
InsyaAllah.. =)